Sebenarnya tekanan bukan sahaja menghalang penurunan berat badan malah ia boleh juga menyebabkan berat badan anda naik....TEKANAN yang mungkin disebabkan oleh kurang tidur, permakanan terlalu rendah kalori dan juga sudah tentu dari masalah kehidupan harian yang kita lalui akan menyebabkan rembesan hormone seperti CORTISOL dan ADRENALIN.
Hormon yang dirembeskan oleh masalah tekanan ini akan menghantar pesanan kepada tubuh untuk memecah jisim otot sebagai tenaga yang menyebabkan metabolisn badan menjadi rendah. Ia juga menghantar pesanan yang amat berkesan pada otak untuk kita makan (iaitu fenomena banyak makan kerana tekanan).
Cortisol juga akan memberi arahan kepada tubuh untuk menyimpan lemak dengan banyak dikawasan perut. Antara tugas Cortisol adalah memecahkan bahan kimia dalam tubuh. Cortisol yang berlebihan akan menyebabkan kesan perlindungan semulajadi didalam badan akan mengeluarkan insulin yang berlebihan dan tidak dapat membakar lemak.
Salah satu sebab kenapa tekanan boleh menghancurkan proses penurunan berat badan adalah akibat dari SEROTONIN yang berkurangan dalam badan. Ianya berlaku kerana disebabkan kurang tidur yang diperlukan untuk mengganti dan mengeluarkan Serotonin yang cukup.
Mungkin ramai yang belum faham bahawa Serotonin (5-hydroxyptamine / 5-HT) sebenarnya bukan sejenis hormon tetapi ia adalah sejenis neurotransmitter atau bahan kimia yang menjadi penhubungan saraf yang terdapat didalam otak yang juga banyak berfungsi pada bahagian dinding usu, pembuluh darah dan juga 'central nervous system'. Terdapat banyak fungsi serotonin ini yang diantaranya adalah mengawal selera makan, tidur, daya ingatan dan pembelajaran, menyeragamkan suhu badan, rasa atau perasaan, fungsi pembuluh darah, pengecutan otot badan, mengawal sistem edokrin dan kemurungan.
Kekurangan serotonin memang tidak sesuai untuk penurunan berat badan dan memang men jadi salahsatu punca yang terbesar sebab badan kita naik jika anda menghadapi tekanan ketika berdiet.Apabila berdiet maka jagalah kesihatan mental dan perasaan dan nikmatilah diet bermanfaat dan optima...
No comments:
Post a Comment